Profil Sekolah LM


SMK Bandar Maharani mempunyai murid seramai 840 orang dengan komposisi 72% berbangsa Melayu, 23% berbangsa Cina dan 5% berbangsa India. Sekolah ini juga mempunyai kemudahan asrama putera dan puteri yang menempatkan seramai 211 orang murid beragama Islam.

Kini SMK Bandar Maharani ditadbir oleh Puan Hajah Norhayah binti Mohamed Noor selaku Pengetua dan dibantu oleh tiga orang pentadbir iaitu Tuan Haji Jaffar bin Khamis, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En. Ahmad Zan bin A. Hamid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Cik Emilia binti Mohd Diah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.


Ketika menjalani Latihan Mengajar di SMK Bandar Maharani, saya diminta untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 4 iaitu untuk kelas 4 Azam 2 dan 4 Bestari. Saya dibimbing oleh guru Bahasa Melayu sekolah itu iaitu Encik Rahman bin Mohd. Saya juga diminta untuk bertugas sebagai pembantu warden di Asrama Maharani iaitu asrama di sekolah berkenaan. Dalam aspek kokurikulum, saya dilantik menjadi guru penasihat untuk Persatuan Bulan Sabit Merah, Kelab Bola Baling dan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.

No comments:

Post a Comment